Wednesday, February 9, 2011

Keperluan dan Justifikasi Permohon.

Urusan Pentadbiran.

Kampung Dangak adalah dibawah Pentadbiran Daerah Kecil Siburan, Parlimen P.196 Stampin, DUN N.13 Batu Kawa dan dibawah Majlis Perbandaran Padawan, Ketua Masyarakat / Ketua Kaum yang sah dan dilantik oleh kerajaan amat diperlukan untuk tugas-tugas seperti:-
(i)        Menandatangani dan mengesah segala surat urusan rasmi bagi pihak penduduk.
(ii)       Memohon bantuan bagi pihak penduduk dimasa kecemasan dan bencana alam seperti banjir, Orang kurang upaya, warga tua dan sebagainya.
(iii)      Sebagai orang perantaran diantara pihak kerajaan dengan penduduk bagi menyampaikan maklumat peenting.



Penyelesaian Masalah.

Khidmat Ketua Masyarakat / ketua Kaum amat diperlukan untuk menyelesaikan masalah yang timbul didalam kampung.  Selama ini tugas tersebut dipikul oleh Pengerusi JKKK yang dipilih oleh penduduk kampung.



Pembangunan kepada masyarakat

Selama ini urusan dengan pihak berkuasa tidak dapat dilaksanakan dengan memuaskan oleh kerana tidak ada Ketua Masyarakat / Ketua Kaum yang dilantik oleh kerajaan.  Pada masa ini Kampung Sungai Dangak amat memerlukan khidmat Ketua Masyarakat / Ketua kaum untuk;
(i)         Memohon peruntukan projek kecil dibawah MRP
(ii)        Memohon untuk Dewan serbabuna, Balai Raya dan Balai Kebudayaan.
(iii)      Memohon untuk penyelengaran jalanraya menuju ke sekolah berdekatan, sistem perparitan dan sebagainya.



Hal-hal Keselamatan

Memandangkan pembangunan yang pesat disekeliling kawasan kampung, maka isu keselamatan perlu dititikberatkan. Dengan adanya Ketua Masyarakat / Ketua Kaum segala masalah seperti kecurian, samun, kesesakan dan sebagainya dapat dibendung dengan mengadakan peraturan-peraturan yang di persetujui oleh JKKK dan Ketua Masyarakat / Ketua Kaum.



Adat Istiadat dan Adat Resam.

Memandangkan Kampung Sungai dangak sudah berkembang dari segi penduduk yang berbilang bangsa dan agama, peranan Ketua Masyarakat / Ketua Kaum amat diperlukan khususnya dalam hal bertunang, berkhawin dan juga pencerian mengikut adat istiadat masing-masing.



Tugas-tugas lain.

Tugas-tugas lain yang memerlukan penglibatan Ketua Masyarakat / Ketua Kaum Kampung Sungai Dangak termasuk:-
(i)         Menghadiri mesyuarat, bengkel, seminar dan lain-lain aktiviti yang dianjurk  oleh agensi kerajaan untuk menyemai pengetahuan kepada penduduk kampung.
(ii)       Menandatangani dan mengesahkan semua dokumen peribadi dan rasmi bagi penduduk kampung.

No comments:

Post a Comment